Thursday, October 23, 2008
MASKARA SHORTIES & ROMLAH
Bila? Sabtu, 1 November 2008, 8:30 malam.
Mana? Rumah PENA.
Apa? Tayangan filem-filem pendek & pelancaran antologi cerpen "Romlah: The Untold Stories"
Filem-filem pendek yang akan ditayangkan:
MELAYU 106 oleh Mamat Khalid GRIP PHONE oleh Tok Rimau HITAM oleh Kumprinx 8 JAM oleh Che Wan Mohd Faiz & Mohd Nazri Zainuddin MY ALIEN GIRLFRIEND oleh Naz Annuar MATINYA SEEKOR AYAM KONGSI GELAP oleh Sinaganaga KERETA GOYANG oleh Jimadie & Cap Ayam SMS oleh Ajami Hashim HANTU SILAP MATA oleh Alif Firdaus Azis HAPPY PLACE oleh Ramdan Che Hassan ADIWIRA - PROLOGUE oleh Shazrol Suhaime HARI NI HARI BODOH SAYA CIK! oleh Bennylita Ramlee FIVE CHAIRS oleh Rozinor Razali RMN BROADWAY oleh Dean Sham CEKIK oleh Bin Filem KA SI PE CAH oleh Batsheeba Zalika Arsalan SEBUAH KARANGAN BERTAJUK KUALA LUMPUR oleh Geng Sifoo ULTRAMARINE | iBLACKHEART | SONG OF THE SEA oleh Zainuddin Jamil SURAT SEORANG IBU oleh Saiful Nang THE LOST COMMUNICATION oleh Fazleena Hishamuddin

Seleksi 19 cerpen seksi, oleh 18 penulis sensasi, tentang seorang gadis misteri. Cerpen-cerpen yang termuat:
ISTINJAK-ISTINJAK CINTA oleh Mat Jan OBLIVION oleh Fadli al-Akiti ROMLAH 2108 A.D. oleh Sinaganaga TIADA HADHARI oleh Bahruddin Bekri ROMLAH SIMFONI DALAM A MAJOR oleh Nazri M Annuar BELALAI oleh Saharil Hasrin Sanin CINTA DALAM KACA oleh Tok Rimau SERABUT oleh Jowopinter ROMLAH CUTI SEMINGGU oleh Tok Rimau DADA MERAH oleh Zalila Isa HIP! oleh Op HALKUM oleh Si Dugong PUDING SUSU ROMLAH oleh Samurai KENAPA TERLALU SERIUS? oleh Kumprinx PELESIT oleh Jigo NAMAKU ROMLAH oleh Bambang Sastrowardoyo KEPANJING oleh Spyz TWIT TWIT TWIT oleh Harris Maulana CINTA KHIDMAT PESANAN RINGKAS oleh Pipiyapong
Jangan ketinggalan!Labels: sindiket soljah
# MJ | Permalink |
Saturday, August 16, 2008
ULU & PARANG
DULU...
 SEKARANG...
 Gua tak ada hal kalau lu nak sokong atau bantah sesuatu tindakan atau cadangan. Tapi, sokong atau bantahlah ia berdasarkan isu, bukan berdasarkan parti. Tindakan atau cadangan yang sama, walaupun oleh parti politik yang berbeza, harus menerima reaksi yang sama. Kepada mereka yang memberikan reaksi yang berbeza, gua ucapkan: PUNGKOQ HANG!
Sekian, terima kasih.
(Google matrikulasi 10 peratus, mrsm 10 peratus, dan biasiswa JPA 55 peratus untuk ulang kaji.) Labels: isu semasa
# MJ | Permalink |
Monday, March 24, 2008
MELUDAH KE LANGIT II
Ralat: Terdapat kesilapan dalam tajuk akhbar semalam:

Tajuk yang betul adalah:

Kesilapan amat dikesali.
# MJ | Permalink |
Thursday, March 20, 2008
KETUA WANITA
 KETUA WANITA Lagu: Melly Goeslow Lirik: Mat Jan Vokal: Rafidah Aziz (featuring Pak Lah)
(ikut tune lagu "Pencinta Wanita")
Ku ke depan dalam sedu-sedan Tahan Tok Det nak letak jawatan Kurang lebih ya seperti ampu Ku harap dia faham maksudkuuu...
Bila Pak Lah menggantikannya Tok Det buat palat pula denganku Dia kata aku seleweng AP Betapa gilanya orang tua tuuu...
Aku memang Ketua Wanita Namun ku bukan menteri Yang sedia beri seribu AP Kerana mencintai kroni
Aku memang Ketua Wanita Yang menang pilihanraya Tapi aku tak dipilih semula Oleh Pak Lah jadi menteri Padaku... ternyata... Pak Lah tu... juga dah gilaaa...
Biiila Pak Lah menggantikannya Tok Det buat palat pula denganku Dia... kata aku seleweng AP Betapa gilanya orang tua tuuu...
Aku memang Ketua Wanita Namun ku bukan menteri Yang sedia beri seribu AP Kerana mencintai kroni, kroni...
Aku memang Ketua Wanita Yang menang pilihanraya Tapi aku tak dipilih semula Oleh Pak Lah jadi menteri Padaku... ternyata... Pak Lah tu... juga dah gilaaa...
(Pak Lah:) Kamu memang Ketua Wanita Namun kau bukan menteri Aku nak sikit populariti So, aku tak pilih kau lagi
(Back to Rafidah:) Aku memang Ketua Wanita Namun ku bukan menteri Yang sedia beri seribu AP Kerana mencintai kroni
Aku memang Ketua Wanita Yang menang pilihanraya Tapi aku tak dipilih semula Oleh Pak Lah jadi menteri Padaku... ternyata... Pak Lah tu... juga dah gilaaa...
Ketua Wanita... Tak jadi menterinya... Pak Lah dah gila...
NOTA:
1) Bacaan tambahan: Rafidah terkejut nama digugurkan.
2) Aku meraikan kemasukan Shahrir Samad (ahli parlimen BN kegemaranku) dan Zaid Ibrahim ke dalam kabinet. Juga meraikan pengguguran Rafidah Aziz.
3) Tapi, kemasukan Muhammad Muhd Taib? Hmmm...Labels: lagu parodi
# MJ | Permalink |
Tuesday, March 18, 2008
ISYARAT RAKYAT IV
Terima kasih kepada PM yang bodoh sombong, kini pakatan pembangkang bertukar status daripada spesis terancam kepada spesis mengancam. Walaupun aku meraikan kerajaan memerintah dengan pembangkang yang kuat, aku masih berpendapat pakatan pembangkang sekarang belum kuat. Bukan selalu kita dapat PM yang bodoh sombong. Jadi, untuk menang lebih besar, pakatan pembangkang perlu lebih bersedia. Ini beberapa cadangan:
Pertama, jangan bertanding sesama sendiri.
Semua orang tahu, secara matematiknya, untuk mengalahkan BN, kalian mesti betul-betul BERSATU. Bukan BERTIGA macam sekarang. Masih ada perlawanan sesama sendiri di beberapa buah kerusi:
i) Kedah: N11 Derga (BN-PKR-DAP).
ii) Sabah: N13 Inanam (BN-PKR-DAP-Bebas), P172 Kota Kinabalu (BN-PKR-DAP-Bebas), N14 Likas (BN-PKR-DAP-Bebas), N16 Luyang (BN-PKR-DAP-Bebas), N17 Tanjong Aru (BN-PKR-DAP), N19 Kapayan (BN-PKR-DAP), P180 Keningau (BN-PKR-DAP), N34 Liawan (BN-PKR-DAP-Bebas), N44 Karamunting (BN-PKR-DAP-Bebas), N47 Kuamut (BN-PKR-DAP-Bebas-Bebas), P190 Tawau (BN-PKR-DAP), dan N57 Sri Tanjong (BN-PKR-DAP).
iii) Sarawak: P196 Stampin (BN-PKR-DAP), dan P212 Sibu (BN-PKR-DAP).
iv) Johor: N45 Stulang (BN-DAP-PRM).
Dan, yang paling aku tak faham, walaupun dikatakan Parti Keadilan dan Parti Rakyat sudah bergabung menjadi Parti Keadilan Rakyat, masih ada kes PKR vs PRM:
v) Selangor: P97 Selayang (BN-PKR-PRM).
Daripada kerusi-kerusi di atas, pakatan pembangkang cuma menang 3 iaitu di P172 Kota Kinabalu, N57 Sri Tanjong, dan P97 Selayang. Sedangkan, sepatutnya, kalian boleh menang 5 lagi kerusi. Empat di Sabah:
N13 INANAM 1. Goh Chin Lok @ Johny Goh (BN) (5,979) 2. Daniel John Jambun (PKR) (4,293) 3. Jeffrey Kumin @ John (DAP) (2,864) 4. Clarence Chin @ Olay (Bebas) (196)
PKR + DAP = 7,157
N14 LIKAS 1. Datuk Liew Teck Chan (BN) (4,097) 2. Joan Goh Penn Nee (DAP) (3,235) 3. Yap Siew Kiong (PKR) (1,888) 4. Kong Yu Kiong (Bebas) (182)
DAP + PKR = 5,123
N16 LUYANG 1. Melanie Chia Chui Ket (BN) (5,073) 2. Fung Kong Win (DAP) (3,571) 3. Alexander Wong Yun Kong (PKR) (2,794) 4. Chin Fung Vui@Bernard (Bebas) (92)
DAP + PKR = 6,365
N19 KAPAYAN 1. Datuk Edward Khoo Keok Hai (BN) (6,162) 2. Stephen Jacob Jimbangan (DAP) (4,100) 3. Datuk Chau Chin Tang (PKR) (3,658)
DAP + PKR = 7,758
Dan satu di Kedah:
N11 DERGA 1. Dr. Cheah Soon Hai (BN) (6,516) 2. Cheung Khai Yan (PKR) (6,353) 3. Teoh Teik Guan (DAP) (2,095)
PKR + DAP = 8,448
Kedua, mesti suka-menyukai antara satu sama lain.
Pakatan sekarang macam stereotaip poligami. PKR kahwin dua, tapi isteri tua (PAS) dan isteri muda (DAP) tak sebulu. Nasib baik suaminya "adil" (Parti Keadilan). Tak boleh macam tu, ketiga-tiga parti dalam pakatan mesti berbaik-baik.

Ketiga, guna satu nama dan logo.
Sekiranya masalah pertama dan kedua berjaya diselesaikan, sudilah apa kiranya bertanding atas SATU NAMA dan SATU LOGO macam Barisan Nasional. Amatlah menyedihkan apabila kalian masih dikenali sebagai pakatan "pembangkang" walaupun sudah menjadi "kerajaan" di beberapa negeri, kerana orang susah nak menyebut PKR-PAS-DAP. Nama "Barisan Alternatif" tidak relevan lagi, kerana di lima negeri kini kalian bukan lagi alternatif kepada kerajaan. Kalian adalah kerajaan.
Kalian boleh pakai nama Barisan Rakyat. Ataupun gabungan nama parti, Parti Islam + Keadilan Rakyat + Tindakan Demokratik = ISKERAKTINDE
 RAJAH: Cadangan logo Barisan Iskeraktinde.
Pembaca berita: "Lapan negeri dikuasai oleh Barisan Nasional, manakala lima negeri lagi dikuasai oleh Barisan Iskeraktinde..."
Keempat, jaga negeri elok-elok.
Dah orang bagi mandat tu, jagalah elok-elok. Belajar dengan PAS Kelantan yang pandai mentadbir, dah pegang lima penggal berturut-turut. Jangan jadi macam PAS Terengganu yang mensia-siakan peluang yang diberi. Buat masa sekarang, gua memang bertekad nak pangkah lu orang (PKR-DAP-PAS) sekali lagi pada pilihanraya akan datang. Tapi, kalau lu orang buat palat, gua tak teragak-agak untuk pangkah dacing (atau tidak turun mengundi, atau buat undi rosak). Kerana gua RAKYAT, lu cuma wakil gua...
(TAMAT)
# MJ | Permalink |
Saturday, March 15, 2008
MELUDAH KE LANGIT
Selepas mendendangkan lagu "marilah mari kita mengundi" sepanjang minggu lepas, media kini mendendangkan lagu "marilah mari menjilat ludah!".
LUDAH: Demonstrasi HINDRAF (menyuarakan ketidakpuasan hati orang Hindu) dan BERSIH (menuntut pilihanraya yang bebas dan adil). Reaksi media pro-BN: Ini bukan budaya kita!

JILAT: Demonstrasi penyokong UMNO menentang polisi ekonomi DAP. Reaksi? Err, ini budaya kita?

LUDAH: Kit Siang tak setuju Sultan Perak lantik Nizar jadi MB. Reaksi media pro-BN: DAP biadab! Hina Sultan!

JILAT: Shahidan tak setuju Raja Perlis lantik Isa Sabu jadi MB. Reaksi? Err, BN biadab? Hina Raja?

(Sekurang-kurangnya, Kit Siang dah minta maaf kat Sultan. Shahidan?)
MORAL: Fikir dulu sebelum ludah...
# MJ | Permalink |
Thursday, March 13, 2008
ISYARAT RAKYAT III
Yang menggelarkan Mahathir sebagai "Mahazalim" dan "Mahafiraun" masa zaman Reformasi adalah website-website anti-UMNO. Tidak ada website pro-UMNO yang berbuat demikian. Tetapi, seperti yang dibincangkan dalam entri semalam, pada zaman Pak Lah, website pro-UMNO pun kutuk Pak Lah. Website pembangkang apatah lagi.
Tiga golongan yang tidak mengundi BN kali ini: penyokong pembangkang (ini tak payah ulas), penyokong UMNO yang benci Pak Lah, dan orang bukan Melayu.
ORANG UMNO
Penggal ini BN telah kehilangan undi orang UMNO yang benci Pak Lah ini. Kehilangan undi ini berlaku dalam tiga bentuk:
i) Mereka tidak turun mengundi. Banyak kawasan majoriti Melayu di pantai barat mencatat peratusan turun mengundi yang rendah sekitar 50%.
ii) Mereka turun mengundi tapi memangkah pembangkang.
iii) Mereka turun mengundi tapi buat undi rosak. Menurut SPR, penggal ini mencatatkan jumlah undi rosak yang paling tinggi. 300,000 lebih. Undi rosak untuk Parlimen: 175,680. Undi rosak untuk DUN: 146,781.
Sebab-sebabnya berkisar isu-isu yang dibangkitkan Mahathir. Pak Lah boleh membantu kemenangan pembangkang pada penggal depan dengan cara: tidak meletak jawatan, beri lebih lagi kuasa kepada Khairy (lantik beliau jadi menteri misalnya), dan beri lebih banyak kontrak kerajaan kepada Scomi.
(Dan kalau orang komplen tentang salah laku menantu hang tu, teruslah menjawab: "Dia tak begitu...")
BUKAN MELAYU
Pada zaman reformasi, walaupun ramai orang Melayu mengundi pembangkang, tetapi orang bukan Melayu masih menyokong BN. Malah, DAP kalah teruk masa tu. Senapang besar DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, pun tewas.
Tetapi, pada zaman Pak Lah, orang bukan Melayu beralih arah. Kawasan majoriti Cina mencatat peratusan mengundi yang tinggi. Tetapi mereka tidak mengundi BN. DAP menang besar. Selain faktor ekonomi, tentunya kerana hati mereka terguris oleh racist remarks yang dibuat oleh pemimpin UMNO.
Tahun 2006, Khairy membuat kenyataan bahawa orang Cina akan mengambil kesempatan ke atas orang Melayu kalau orang Melayu lemah. Orang Cina terasa hati, Khairy seolah-olah mengatakan mereka jahat. Parti komponen Cina dalam BN minta Khairy memohon maaf (tentunya kerana mereka bimbang kehilangan undi kaum Cina). Tetapi Khairy enggan memohon maaf. Pak Lah, seperti biasa, membela menantunya: "Dia tak bermaksud begitu..."
Dan Hishamuddin Hussein, dua kali angkat keris dalam Perhimpunan Agung UMNO, dengan laungan Hidup Melayu. Tentulah orang bukan Melayu bengang. Kalau orang Cina (atau India) angkat senjata tajam masa Perhimpunan Agung MCA (atau MIC) dan laung Hidup Cina (atau Hidup India), pun orang Melayu akan bengang. Tak reti jaga sensitiviti kaum langsung.


Hishamuddin boleh membantu kemenangan pembangkang pada penggal depan dengan cara: mengangkat keris sekali lagi masa Perhimpunan Agung UMNO. Kalau boleh, angkat keris beramai-ramai.
Orang India pula, tentunya bengang dengan BN berkaitan isu-isu yang dibangkitkan HINDRAF. Sampai MIC kalah teruk. Sampai Samy Vellu pun boleh kalah. Pada hari jadi beliau yang ke-72. Tentunya Samy Vellu tidak meraikan hari jadinya pada tahun-tahun mendatang, kerana meraikan hari jadi seolah-olah meraikan hari kekalahan.
(Atau mungkin Samy Vellu akan pergi ke Jabatan Pendaftaran untuk tukar tarikh lahir.)
Berbeza dengan orang Melayu dan India yang boleh dikesan kemarahannya melalui demonstrasi (seperti Reformasi dan HINDRAF), orang Cina pula marah senyap-senyap. Tiada demonstrasi. Tiada tuntutan Suqiu macam dulu-dulu. Ini menyebabkan BN berasa selesa dan tidak berjaga-jaga. Akhirnya mereka melepaskan marah atas kertas undi. Dan semua orang terkejut.
(Aku tidak mengambil demonstrasi BERSIH sebagai contoh kerana ia agak lain. Gerakan Reformasi dan HINDRAF marah pada kerajaan UMNO/BN. Tapi BERSIH marah pada SPR. Tapi, itu pun, pemimpin UMNO nak bengang.)
Rakyat bagi isyarat supaya Pak Lah sedar dia tidaklah sebest yang dia sangkakan. Menang besar tahun 2004 mungkin buat Pak Lah rasa dia best, itu aku boleh faham. Tapi tahun 2008 dia menang majoriti mudah (dan tewas 5 negeri) pun dia perasan dia best, itu memang aku tak faham!
(bersambung...)
# MJ | Permalink |
Wednesday, March 12, 2008
DUA KALI LIMA
Taktik kempen yang paling low class adalah serangan peribadi. Berkempen bukan untuk menerangkan apa yang parti tawarkan kepada rakyat, tetapi untuk menyerang peribadi calon lawan (atau anak bininya). Selalunya kempen jenis ini memakan diri, kerana ada calon partinya sendiri pun 2x5 juga. Bak kata pepatah: Memaku dulang, paku yang serpih.
Ini adalah contoh paling menarik, pada aku, pada pilihanraya kali ini:
BN: Anwar munafik! Siang berkhutbah, malam menari dengan perempuan.

PEMBANGKANG: Pak Lah alim. Siang jadi imam, malam mana ada peluk-peluk perempuan.

BN: Bini Anwar pegang tangan lelaki bukan muhrim.

PEMBANGKANG: Bini Najib mana ada pegang dan cium pipi lelaki bukan muhrim. Pakai tudung lagi!

BN: Khalid Ibrahim (PKR) korup! Buktinya, dia ada rumah besar!

PEMBANGKANG: Allahyarham Zakaria Deros (BN) mana ada korup. Rumah dia kecik aje.

BN: Nik Aziz jahat, dia kata ahli UMNO "orang utan!"

PEMBANGKANG: Khairy baik, dia mana ada kata blogger "monyet" dan peserta demonstrasi BERSIH "beruk!"

Jadi, kepada mana-mana parti yang ingin menggunakan taktik ini pada penggal depan, fikir dulu sebelum serang...
# MJ | Permalink |
|